a'nol+boy

24 Januari, 2012

PETUA - SELAMAT MENCUBA

Seterika VS KESAN HITAM
Jika kita perhatikan,seterika yg telah lama digunakan ada meninggalkan kesan hitam dibahagian permukaannya. Untuk hilangkan kesan ini, kita bolah gunakan lembaran kertas surat khabar & lipat sebanyak 2 @ 3 kali hingga menjadi sedikit tebal. Selepas itu gosok seterika yg bermasalah tadi di atas surat khabar tersebut. Ulang beberapakali dan hasilnya lama kelamaan kesan hitam dipermukaan seterika tersebut akan hilang.

MAHUKAN KEDIAMAN BEBAS DARI TIKUS
Tikus adalah makhluk perosak yg sangat merbahaya. Pelbagai penyakit boleh merebak melaluinya. oleh itu anda perlu sentiasa membersihkan kesan kotoran yg ditinggalkannya. Anda juga boleh mengelakkannya daripada beraja dikediaman anda anda dgn mengambil beberapa helai daun durian belanda & letakkan ditempat yg selalu dikunjunginya. Bau daunnya dah cukup untuk menghalang tikus keluar dari rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan