a'nol+boy

28 Januari, 2012

Anak Kurang Berat Badan

BAGAIMANA MENGATASINYA

INTRO DULU!!!!!

Kanak-kanak ni membesar dengan cepat. Kalau pemakanannya x diawasi, mereka mudah menjadi kurus @ kurang berat badan. Perkara ini telah dialami oleh saya... Anak saya (Qiesya)yang sekarang dah berumur 5 tahun.. Berat badannya hanya 10kg. Jadi saya ingin kongsi bersama masalah yang telah dihadapi oleh saya... Yang peliknya Qiesya hanya kurang berat badan tetapi tiada masalah lain. Dia cergas & aktif, ceria dan gembira, cerdas dan bijak... "SAYANG ANAK MAMA" Cuma kadang-kadang susah hati bila fikirkan berat badannya... tapi x mengapa saya x berputus asa dan cuba untuk menaikkan berat badannya insyallah... Doakanlah usaha saya ni...

MAI KITA TENGOK AKTIVITI QIESYA


Apa yang saya lakukan sekarang jika Qiesya kurang selera dan menolak makanan?
* Sediakan makanan berkhasiat dan menarik
* Suap & beri perhatian semasa anak makan
* Beri makanan ikut waktu, jangan tunggu anak minta
* Galakkan anak menghabiskan makanannya.
* Jadikan masa makan menyeronokkan & tenang.
* Elakkan dari memarahi & memaksa anak semasa makan
* Jika perlu beri anak suplemen vitamin.
* Bawa ke klinik kerana anak mungkin sakit


Nak syer lagi ni...
Kalau anak sakit & menolak makanan kita bolehlah
* Sediakan makanan lembut dan berair seperti sup & bubur.
* Galakkan anak makan makanan kegemarannya dengan kerap & dalam kuantiti yang sedikit.
* Galakkan anak minum lebih air jika demam atau cirit birit.
* Potong & susun makanan dalam bentuk yang menarik.
* Hidangkan makanan dalam pinggan yang menarik & bewarna-warni.

Saya ni seorang yang bekerja. Jadi apa yang saya lakukan untuk pastikan Qiesya dapat makanan yang cukup
?
* Sediakan/bekalkan makanan yang berkhasiat sebelum ke pejabat.
* Pastikan pengasuh beri anak makan makanan yang dibekalkan.
* Memandangkan Qiesya tinggal di Taska jadi saya hanya pantau dari jadual makanan yang diberi sahaja dan sering bertanyakan keadaan Qiesya di sekolah.

Ok sebenarnya ada banyak lagi nak dikongsikan...
apa-apa pun kalau dapat membantu sedikit sebanyak bolehlah komen ek.... Saya amat memerlukan pandangan anda juga yang membaca catatan saya... mudah-mudahan berat badan Qiesya akan bertambah.. TQ :)

26 Januari, 2012

Membela ikan hiasan memang best

Bermulanya dari 5 pasang sekarang x terkira??? ikan guppy ni senang nak bela & senang membiak
Ikan emas ni pulak memang cantik dijadikan ikan perhiasan. Kalau nak tau makanan dia mempengaruhi warnanya jugak. Ikan emas ni terkenal dengan kuat makan. Sekarang dah ada 13 ekor. Rasanya macam nak tambah lagi la

25 Januari, 2012

Nak tengok tak? Jommmmmm........

22&23 Jan 2012

Kenangan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Kedah


Bermalam dalam khemah perghhh....
lama x rasa macam ni :) last skali masa sek2 dulu la!!


Hai en. suami sempat lg cari black dalam gelap tu.....


Zass.... Terus ke Ladang Anggur Tasik Beris :)

Nyum!!! Nyum!!! Nyum

Berjalan di bawah lingkaran pokok buah anggur. "papa cepat la"

ummmmph....ummmmph....ummmmph.... geram x boleh nak makan@petik, xsyen pun jadilah...

24 Januari, 2012

AJAIBNYA SIFAT MAAF - mari beramal.......

Dendam lahir kerana amarah & amal pula akan mnyebabkan kesesatan dan fitnah. Namun sifat amarah ini boleh dihakis dengan memberi maaf. Tidak mudah tapi anda perlu lakukannya....

Maafkanlah, meskipun engkau dizalimi.
Maafkanlah meskipun mereka yang menzalimimu itu tidak memintanya.
Apabila maaf itu diberikan, maka sesuatu yang dahsyat akan terjadi.
Hidup akan menjadi aman damai, tiada pepecahan, tiada perbalahan dan tiada penceraiaan......

PETUA - SELAMAT MENCUBA

Seterika VS KESAN HITAM
Jika kita perhatikan,seterika yg telah lama digunakan ada meninggalkan kesan hitam dibahagian permukaannya. Untuk hilangkan kesan ini, kita bolah gunakan lembaran kertas surat khabar & lipat sebanyak 2 @ 3 kali hingga menjadi sedikit tebal. Selepas itu gosok seterika yg bermasalah tadi di atas surat khabar tersebut. Ulang beberapakali dan hasilnya lama kelamaan kesan hitam dipermukaan seterika tersebut akan hilang.

MAHUKAN KEDIAMAN BEBAS DARI TIKUS
Tikus adalah makhluk perosak yg sangat merbahaya. Pelbagai penyakit boleh merebak melaluinya. oleh itu anda perlu sentiasa membersihkan kesan kotoran yg ditinggalkannya. Anda juga boleh mengelakkannya daripada beraja dikediaman anda anda dgn mengambil beberapa helai daun durian belanda & letakkan ditempat yg selalu dikunjunginya. Bau daunnya dah cukup untuk menghalang tikus keluar dari rumah.