BAGAIMANA MENGATASINYA
INTRO DULU!!!!!
Kanak-kanak ni membesar dengan cepat. Kalau pemakanannya x diawasi, mereka mudah menjadi kurus @ kurang berat badan. Perkara ini telah dialami oleh saya... Anak saya (Qiesya)yang sekarang dah berumur 5 tahun.. Berat badannya hanya 10kg. Jadi saya ingin kongsi bersama masalah yang telah dihadapi oleh saya... Yang peliknya Qiesya hanya kurang berat badan tetapi tiada masalah lain. Dia cergas & aktif, ceria dan gembira, cerdas dan bijak... "SAYANG ANAK MAMA" Cuma kadang-kadang susah hati bila fikirkan berat badannya... tapi x mengapa saya x berputus asa dan cuba untuk menaikkan berat badannya insyallah... Doakanlah usaha saya ni...
MAI KITA TENGOK AKTIVITI QIESYA
Apa yang saya lakukan sekarang jika Qiesya kurang selera dan menolak makanan?
* Sediakan makanan berkhasiat dan menarik
* Suap & beri perhatian semasa anak makan
* Beri makanan ikut waktu, jangan tunggu anak minta
* Galakkan anak menghabiskan makanannya.
* Jadikan masa makan menyeronokkan & tenang.
* Elakkan dari memarahi & memaksa anak semasa makan
* Jika perlu beri anak suplemen vitamin.
* Bawa ke klinik kerana anak mungkin sakit
Nak syer lagi ni...
Kalau anak sakit & menolak makanan kita bolehlah
* Sediakan makanan lembut dan berair seperti sup & bubur.
* Galakkan anak makan makanan kegemarannya dengan kerap & dalam kuantiti yang sedikit.
* Galakkan anak minum lebih air jika demam atau cirit birit.
* Potong & susun makanan dalam bentuk yang menarik.
* Hidangkan makanan dalam pinggan yang menarik & bewarna-warni.
Saya ni seorang yang bekerja. Jadi apa yang saya lakukan untuk pastikan Qiesya dapat makanan yang cukup
?
* Sediakan/bekalkan makanan yang berkhasiat sebelum ke pejabat.
* Pastikan pengasuh beri anak makan makanan yang dibekalkan.
* Memandangkan Qiesya tinggal di Taska jadi saya hanya pantau dari jadual makanan yang diberi sahaja dan sering bertanyakan keadaan Qiesya di sekolah.
Ok sebenarnya ada banyak lagi nak dikongsikan...
apa-apa pun kalau dapat membantu sedikit sebanyak bolehlah komen ek.... Saya amat memerlukan pandangan anda juga yang membaca catatan saya... mudah-mudahan berat badan Qiesya akan bertambah.. TQ :)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan